SIFAT BAGI ARAK / ALKOHOL


Image result for alkohol


Memabukkan. Sifat yang jelas bagi arak ialah memabukkan bagi peminumnya sama ada dengan kadar sedikit ataupun dengan kadar yang banyak. Mabuk tersebut menyebabkan hilangnya kewarasan akal untuk menimbang segala perbuatan yang baik atau buruk.

Dari segi Agama Islam menyatakan bahawa adapun bahan-bahan untuk membuat arak yang disebutkan itu adalah bahan-bahan yang digunakan pada masa sebelum dan permulaan Islam yang dibuat oleh orang-orang  Arab sehingga dalam Al-Quran ada menyatakan di antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat arak itu sebagaimana dalam Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl ayat 67 iaitu:
  1. Ertinya: “Dan dari buah nakhal dan anggur, kamu buat daripadanya minuman yang memabukkan dan makanan yang enak, sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda bagi orang yang memikirkan”.
  2. Dari umar Radhiallahu Anhu berkata:
“Sungguh telah turun hukum untuk mengharamkan minum arak, sedang arak itu terbuat dari anggur, kurma, gandum dan barli. Dan yang dinamakan arak ialah barang yang menghilangkan akal fikiran”.




Image result for anggur
arak pada asalnya diperbuat daripada buah anggur


Manakala pada masa sekarang arak telah diperbuat dari berbagai-bagai bahan selain anggur, antaranya beras, kabung, nira kelapa dan alkohol. Dan begitu juga namanya telah direkadengan bermacam-macam nama dan jenis seperti bir, anchor, cognac, campagne, tuak, samsu dan sebagainya. Walau bagaimanapun bahan dan namanya yang berlainan, sama ada dari air anggur atau biji-bijian yang lain, namun apabila ia boleh memabukkan apabila diminum, ia adalah arak namanya pada syarak.


Di bawah ini memberikan penyataan yang jelas tentang sifat-sifat arak:
 

(1). Sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah. Etanol (+/- 78oC). Ini juga bergantung kepada bilangan karbon.
 

(2). Kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini juga bergantung kepada bilangan karbon.
 

(3). Takat beku rendah (< 0oC). ü Kebanyakkan beracun. ü Sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar bergantung kepada bilangan karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih susah untuk terbakar. Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna kebiruan.
 

Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara semula jadi, dari proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan bahan organik, dari proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu. Kebanyakan alkohol asas dalam keluarga alkohol bersifat sebagai “RACUN” kecuali etanol. Sebagai contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan tidak memudaratkan, tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil amat toksik jika dimakan.
Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini bertukar menjadi asid karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok (cuka getah) dan etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya tidak perlu dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.




via.   SIFAT-SIFAT ARAK ATAU ALKOHOL