KENALI SMKPI





Maklumat Sekolah
SMK PULAU INDAH
42920 Pulau Indah, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-31012046               Fax : 03-31013046
Kod Sekolah : BEA0097
E-mail : bea0097_pulauindah@yahoo.com.my
E-mail btpnselangor : bea0097@btpnsel.edu.my

Visi 
SMK Pulau Indah Cemerlang Penjana Generasi Terbilang

Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti Berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Moto
BERILMU BERBAKTI

Budaya Sekolah
1. Bekerja dan belajar adalah ibadah
2. Memimpin dan Muhasabah Diri
3. Amalan 10S (Solat, Salam, Syukur, Senyum, Sabar, Sepasukan,       Segera, Santun, Sayang, dan Seronok)
4. CERIA (C-Cemerlang, E-Efisien, R-Rasional, I-Integriti, 
    A-Akauntabiliti)


Warna
Merah - Berani
Kuning - Setia
Hitam - Gagah
Putih - Suci

Ubah Suai Oleh :
En. Sarip Bin Rosman dan En. Azmi Bin Abu Bakar (2008)

Moto
Moto BERILMU BERBAKTI bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan sekolah sebagai institusi masyarakat yang bakal melahirkan generasi yang berilmu, progresif dan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

Logo
Bulan dan Bintang : melambangkan islam iaitu agama rasmi  Malaysia berdasarkan Rukun Islam yang lima. ianya bersesuaian dengan majoriti muridnya yang beragama islam

Obor dan Tiga Lingkaran Bulatan ; melambangkan semangat berdaya saing yang tinggi dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.

Ombak : menunjukkan lokasi sekolah ini yang terletak di sebuah pulau yang di kelilingi oleh laut serta menggambarkan pembangunan yang pesat di sekitar pulau

Lingkaran Sains & Teknologi : melambangkan bidang sains dan teknologi perlu dipelajari dan dikuasai demi masa depan yang lebih cemerlang dan gemilang.



Maksud Warna
Merah - Berani
Kuning - Setia
Hitam - Gagah
Putih - Suci
Biru - Bersatu padu


LAGU SEKOLAH

BERILMU BERBAKTI

Berilmu berbakti
Cogan kata kita
Warga SMK Pulau Indah
yang megah lagi gagah

Mengatur langkah terus berusaha
Iringan doa warga semua
dengan semangat waja
Memacu wawasan negara

Kami janji, kami berikrar
Tekad dan azam tekun belajar
Akademik, Kokurikulum
Sahsiah sentiasa dijunjung

Lirik:
Pn. Hjh Rasidah Bt Abdul Rahman
Tn. Hj. Shamsul Yusli B Hj. Mohd Yusop
En. Azmi B Abu Bakar

Lagu :
En. Mohd Rodzi B Abd Rahman
(2008)