PENGUATKUASAAN ARAK

https://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/e/e7/Palestinian_Arak.jpg
 
-PENGHARAMAN ARAK DALAM ISLAM
 
Fatwa Kebangsaan berdasarkan hasil perbincangan dalam Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-7 pada 11 hingga 12 April 1984 telah memutuskan bahawa:
 
Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alkohol itu mengandungi arak. Alkohol daripada proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.

Keputusan Fatwa Kebangsaan ini telah ditegaskan semula semasa Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011.
 
 
 -UNDANG-UNDANG KAWALAN PENJUALAN ARAK
  
Penjualan arak di Malaysia dikawal oleh beberapa peruntukan undang-undang sedia ada dan penguatkuasaannya dipertanggungjawabkan kepada beberapa Agensi Kerajaan berkaitan pada peringkat persekutuan, negeri dan juga PBT.
 
 Pada peringkat persekutuan, penjualan arak dikawal oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di bawah Kementerian Kewangan dan undang-undang yang berkaitan dengan pelesenan jualan arak oleh JKDM ialah Akta Kastam 1967 (Akta 235) dan Akta Eksais 1976 (Akta 176) serta peraturan yang dibuat di bawahnya. 
 
Menurut Penolong Pengarah Kanan Kastam, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Putrajaya, arak salah satu komoditi yang dikenakan cukai yang tinggi oleh Kerajaan Malaysia selepas kereta dan rokok   
 
 Istilah arak yang diguna pakai di bawah Akta Kastam 1967 ialah “ liquor yang memabukkan”. Berdasarkan seksyen 2(1) Akta Kastam 1967, takrif “ liquor yang memabukkan” termasuklah apa-apa alkohol, atau apa-apa cecair yang mengandungi lebih daripada dua peratus spirit pruf (alkohol mutlak), yang sesuai atau bermaksud untuk, atau yang boleh dengan apa-apa cara diubah bagi digunakan sebagai suatu minuman. Pengimportan liquor yang memabukkan dikawal oleh JKDM dan setiap pengimport perlu mendapatkan lesen untuk mengimport bahan tersebut ke Malaysia berdasarkann peraturan 18 Peraturan-Peraturan Kastam 1977. 
 
Lesen pengilangan liquor yang memabukkan di dalam negara juga dikawal oleh JKDM menurut Akta Eksais 1976. Kehendak pelesenan yang ditetapkan oleh JKDM untuk penjualan liquor yang memabukkan secara runcit tertakluk di bawah seksyen 32 Akta Eksais 1976. Walau bagaimanapun, seksyen ini memberikan pengecualian lesen jualan runcit minuman beralkohol seperti bir, todi atau liquor natif. Penjualan runcit kecil-kecilan bagi arak jenis ini tidak melebihi kuantiti yang ditetapkan dibolehkan di kedai tanpa keperluan pelesenan di bawah Akta ini. Seksyen ini juga turut memberikan kuasa mutlak kepada Menteri (Kewangan) untuk membenarkan sesiapa sahaja menjual apa-apa liquor yang memabukkan secara runcit. Lesen penjualan liquor memabukkan secara borong berdasarkan seksyen 33 Akta Eksais 1976. Pihak yang bertanggungjawab melesenkan penjualan liquor yang memabukkan ialah Lembaga Pelesenan Daerah yang dilantik di bawah seksyen 31 Akta Eksais 1976 dan perjalanan urusan Lembaga Pelesenan Daerah tersebut dan fi bagi lesen menjual liquor yang memabukkan sebagaimana dinyatakan di bawah Peraturan-Peraturan Eksais (Lembaga Pelesenan) 1977. Kuasa mengenakan duti eksais terhadap barang tertentu termasuk penjualan liquor yang memabukkan dinyatakan dalam seksyen 6 Akta Eksais 1976. Peraturan-Peraturan Eksais (Penjualan Liquor yang Memabukkan) 1977 pula mengehadkan jualan liquor yang memabukkan secara borong dan runcit dari pukul 9.00 malam hingga pukul 7.00 pagi dan larangan membekal atau menjual liquor yang memabukkan kepada orang yang berumur bawah 18 tahun
 
 
 
via.  kawalan arak