Apa itu Dadah?
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
PENGENALAN ALKOHOL
Epidemiologi masalah penggunaan alkohol di Malaysia/Global.
Penyakit-penyakit
berkaitan dengan alkohol dan kecederaan merupakan satu masalah yang
baru terhadap kesihatan, sosial dan ekonomi. Di seluruh dunia,
pengambilan bir, wain dan spirit semakin meningkat.
Menurut
World health Report 1991, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang
tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan
penggunaan alkohol seperti sirosis hepar dan kanser semakin meningkat.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati prevalen “alkohol abuse / alcohol dependence” adalah 11%, majoriti adalah lelaki. 90% purata umur pengambilan alkohol adalah 22 tahun.
Minuman alkohol / minuman beralkohol
Minuman
beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras, atau arak.
Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan
(addiction) dan pergantungan (dependance).
Minuman
alkohol juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat
memberi kesan keatas sistem saraf pusat/sistem otak dan juga kesan
terhadap tubuh badan peminumnya.
Jenis - jenis minuman alkohol.
Di dalam pasaran terdapat berbagai jenis minuman alkohol / minuman beralkohol yang dipasarkan. Di antaranya adalah:
– ‘Liquor’: iaitu yang terdiri dari jenis-jenis seperti vodka, whisky.
– ‘Bir’ : iaitu yang terdiri dari dari jenis-jenis seperti shandy, bir, stout.
Di
samping itu juga terdapat minuman beralkohol yang digunakan secara
tradisional di beberapa tempat di negara kita. Sebagai contoh adalah
minuman todi dan minuman samsu yang popular di kalangan masyarakat India di negara kita. Selain dari itu terdapat juga minuman air tuak dan minuman air tapai yang popular di beberapa tempat di negara kita.
air tuak dan minuman todi |
SIFAT BAGI ARAK / ALKOHOL
Memabukkan. Sifat yang jelas bagi arak ialah memabukkan bagi peminumnya sama ada dengan kadar sedikit ataupun dengan kadar yang banyak. Mabuk tersebut menyebabkan hilangnya kewarasan akal untuk menimbang segala perbuatan yang baik atau buruk.
Dari segi Agama Islam menyatakan bahawa adapun bahan-bahan untuk membuat arak yang disebutkan itu adalah bahan-bahan yang digunakan pada masa sebelum dan permulaan Islam yang dibuat oleh orang-orang Arab sehingga dalam Al-Quran ada menyatakan di antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat arak itu sebagaimana dalam Firman Allah Taala dalam Surah An-Nahl ayat 67 iaitu:
- Ertinya: “Dan dari buah nakhal dan anggur, kamu buat daripadanya minuman yang memabukkan dan makanan yang enak, sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda bagi orang yang memikirkan”.
- Dari umar Radhiallahu Anhu berkata:
arak pada asalnya diperbuat daripada buah anggur |
Manakala pada masa sekarang arak telah diperbuat dari berbagai-bagai bahan selain anggur, antaranya beras, kabung, nira kelapa dan alkohol. Dan begitu juga namanya telah direkadengan bermacam-macam nama dan jenis seperti bir, anchor, cognac, campagne, tuak, samsu dan sebagainya. Walau bagaimanapun bahan dan namanya yang berlainan, sama ada dari air anggur atau biji-bijian yang lain, namun apabila ia boleh memabukkan apabila diminum, ia adalah arak namanya pada syarak.
Di bawah ini memberikan penyataan yang jelas tentang sifat-sifat arak:
(1). Sangat mudah meraup kerana takat didih yang rendah. Etanol (+/- 78oC). Ini juga bergantung kepada bilangan karbon.
(2). Kebolehan melarut dalam air dan pelarut organik. Ini juga bergantung kepada bilangan karbon.
(3). Takat beku rendah (< 0oC). ü Kebanyakkan beracun. ü Sangat mudah terbakar, kebolehan untuk terbakar bergantung kepada bilangan karbon dalam alkohol. Lebih banyak karbon maka lebih susah untuk terbakar. Metanol dan etanol terbakar dalam nyalaan api berwarna kebiruan.
Alkohol boleh didapati dari pelbagai sumber, iaitu secara semula jadi, dari proses penapaian (fermentation), dari proses pereputan bahan organik, dari proses tindak balas petro-kimia dan dari arang batu. Kebanyakan alkohol asas dalam keluarga alkohol bersifat sebagai “RACUN” kecuali etanol. Sebagai contoh, etanol boleh dimakan dalam kuantiti kecil dan tidak memudaratkan, tetapi spirit (nama kimia metanol) dalam kuantiti kecil amat toksik jika dimakan.
Keadaan ini sama bila kedua-dua alkohol ini bertukar menjadi asid karbosilik (R-COOH). Metanol akan menjadi asid metaniok (cuka getah) dan etanol akan menjadi asid etanoik (cuka makan). Rasanya tidak perlu dijelaskan bagaimana kesan toksik akibat cuka getah.
via. SIFAT-SIFAT ARAK ATAU ALKOHOL
ARTIKEL : PEMANDU MABUK KINI BERLELUASA DI BANDAR
Kes kemalangan disumbangkan pemandu mabuk berlaku di bandar besar seluruh negara
MIRI: Kebanyakan kes kemalangan yang disumbangkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh alkohol berlaku di beberapa bandar besar di seluruh negara.
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Abdul Aziz Yusof berkata beliau tidak menolak kemungkinan ini berlaku disebabkan pengaruh faktor sekeliling.
“Berdasarkan statistik yang direkodkan, kebanyakan kes kemalangan yang disumbangkan atau membabitkan pemandu mabuk serta memandu di bawah pengaruh alkohol berlaku di beberapa bandar besar di seluruh negara,” ujar beliau tanpa menyatakan jumlah sebenar dan kawasan mana yang merekod kes tertinggi membabitkan pemandu mabuk.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Peralatan Evidential Breath Analyser (EBA-II) dan S-D2 Siri 5/2011 yang berlangsung di Pejabat Polis Trafik Miri di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Trafik Sarawak Pemangku Superintenden Mohd Najid Jusoh, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Miri Asisten Superintenden Polis (ASP) Zamry Allie.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan tiga unit EBA-II kepada pasukan trafik Sarawak dengan setiap satunya diagihkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, IPD Limbang dan IPD Sarikei.
“Saya percaya dengan adanya tambahan tiga unit baru EBA-II, para anggota trafik di negeri ini akan dapat memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan masing-masing khususnya dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya,” katanya.
Ini penting ujarnya memandangkan pemandu mabuk bukan hanya membahayakan diri sendiri malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain, justeru tindakan tegas harus dikenakan terhadap pelaku.
Buat masa sekarang menurut Aziz, Sarawak telah dibekalkan tujuh unit peralatan tersebut termasuk tiga unit baru yang diserahkan semalam.
“Setakat ini, penggunaan EBA-II di Sarawak amat berkesan dengan 146 kes membabitkan pemandu mabuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol berjaya direkodkan sepanjang tempoh tahun lalu,” katanya sambil menambah paras alkohol yang dibenarkan adalah 80 mililiter (ml) alkohol dalam 100 ml darah.
Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 115 kes telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Justeru katanya, adalah sewajarnya bagi para anggota trafik mempratikkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kursus secara optimum untuk memastikan objektif yang disasarkan dapat dicapai sepenuhnya.
Selain itu tegas Aziz, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab para pegawai dan anggota trafik untuk menggunakan peralatan ini dengan cara yang betul supaya tidak akan dipertikaikan apabila kes-kes dibawa ke mahkamah.
Sementara itu, seramai 35 peserta yang terdiri daripada lapan pegawai dan 27 anggota pelbagai pangkat telah menghadiri kursus empat hari itu yang bermula 4 Oktober lalu dan berakhir semalam.
via. PEMANDU MABUK KINI ERLELUASA DI BANDAR
MIRI: Kebanyakan kes kemalangan yang disumbangkan pemandu mabuk atau di bawah pengaruh alkohol berlaku di beberapa bandar besar di seluruh negara.
Aziz (dua kiri) menyerahkan salah satu unit EBA-II kepada pegawai trafik daripada IPD Sri Aman sambil disaksikan pegawai kanan polis trafik yang lain. |
Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Abdul Aziz Yusof berkata beliau tidak menolak kemungkinan ini berlaku disebabkan pengaruh faktor sekeliling.
“Berdasarkan statistik yang direkodkan, kebanyakan kes kemalangan yang disumbangkan atau membabitkan pemandu mabuk serta memandu di bawah pengaruh alkohol berlaku di beberapa bandar besar di seluruh negara,” ujar beliau tanpa menyatakan jumlah sebenar dan kawasan mana yang merekod kes tertinggi membabitkan pemandu mabuk.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Peralatan Evidential Breath Analyser (EBA-II) dan S-D2 Siri 5/2011 yang berlangsung di Pejabat Polis Trafik Miri di sini semalam.
Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Trafik Sarawak Pemangku Superintenden Mohd Najid Jusoh, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Ismail Idris dan Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Miri Asisten Superintenden Polis (ASP) Zamry Allie.
Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan tiga unit EBA-II kepada pasukan trafik Sarawak dengan setiap satunya diagihkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman, IPD Limbang dan IPD Sarikei.
“Saya percaya dengan adanya tambahan tiga unit baru EBA-II, para anggota trafik di negeri ini akan dapat memperkasakan lagi kualiti perkhidmatan masing-masing khususnya dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya,” katanya.
Ini penting ujarnya memandangkan pemandu mabuk bukan hanya membahayakan diri sendiri malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain, justeru tindakan tegas harus dikenakan terhadap pelaku.
Buat masa sekarang menurut Aziz, Sarawak telah dibekalkan tujuh unit peralatan tersebut termasuk tiga unit baru yang diserahkan semalam.
“Setakat ini, penggunaan EBA-II di Sarawak amat berkesan dengan 146 kes membabitkan pemandu mabuk atau memandu di bawah pengaruh alkohol berjaya direkodkan sepanjang tempoh tahun lalu,” katanya sambil menambah paras alkohol yang dibenarkan adalah 80 mililiter (ml) alkohol dalam 100 ml darah.
Daripada jumlah itu katanya, sebanyak 115 kes telah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Justeru katanya, adalah sewajarnya bagi para anggota trafik mempratikkan segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi sepanjang kursus secara optimum untuk memastikan objektif yang disasarkan dapat dicapai sepenuhnya.
Selain itu tegas Aziz, adalah menjadi peranan dan tanggungjawab para pegawai dan anggota trafik untuk menggunakan peralatan ini dengan cara yang betul supaya tidak akan dipertikaikan apabila kes-kes dibawa ke mahkamah.
Sementara itu, seramai 35 peserta yang terdiri daripada lapan pegawai dan 27 anggota pelbagai pangkat telah menghadiri kursus empat hari itu yang bermula 4 Oktober lalu dan berakhir semalam.
gambar hiasan : kemalangan jalan raya |
via. PEMANDU MABUK KINI ERLELUASA DI BANDAR
Subscribe to:
Posts (Atom)