KESAN-KESAN BURUK TERHADAP PENGAMBILAN ALKOHOL

 Kesan Terhadap Kesihatan

- Kesan jangka pendek

Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi , ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar (slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

- Kesan jangka panjang

i.    Ketagihan

Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah saperti berikut:
i.    Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum bagi mencapai kesan yang sama (toleran).
ii.   Aktiviti hidupnya berpusat  pada alkohol.
iii.  Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunanya secara berterusan buat tempoh yang lama. Antara tanda-tanda “withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian (‘craving’) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila (psikosis), sawan dan meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh membawa maut.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtn4_vkC8RMn7uSW8_7FTR1JAoMD3sjIg6rx9u7A6Sln-eSbj6ypKmX3QB8Ha3bGeSPWQfSAXPq4KqlFaCYaf8Z70me0Fqa5gtRJhCim3YOlQS6X6PG8FCMgQNjLsJEskHJ2WOjurOLrcx/s1600/alkohol.PNGhttp://sihat-bersama-tcm.herbal-treatment-advisory.com/wp-content/uploads/2015/06/oie_oEJh7qzBxVZI.png
alkohol menyebabkan seseorang itu ketagihan

ii.   Kesan pada system saraf

Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang ingatan (amnesic syndrome) dan kebas.

iii.  Kesan-kesan pada sistem penghazaman

i) Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
ii)   Penyakit ulser peptic (peptic ulcer)dan radang gaster (gastritis)
iii)  Muntah darah,
iv)  Radangan kelenjar pankreas (pancreatitis).
v)   Kanser gaster
vi)  Anemia
vii) Kekurangan zat makanan

iv.  Kesan pada sistem kardiovaskular

i)    Tekanan darah tinggi (hipertensi)
ii)   Strok (Angin ahmar)
iii)  Kerosakan otot jantung (kardiomiopati)
iv)  Mati pucuk(impoten)

v.   Kesan pada sistem reproduktif

i)    Mati pucuk (impoten)
ii)   Kurang nafsu seks.

vi.  Kesan psiko-sosial

i)    Cemburu buta (pathological jealousy)
ii)   Murung (depression)
iii)  Bunuh diri
iv)  Perubahan personaliti
v)   Penderaan terhadap keluarga
http://mindinsight.com.au/wp-content/uploads/2014/07/Tips-To-Overcome-Drepression.jpg
kemurungan
 Kesan-kesan sosial

i)    Orang yang minum minuman yang beralkohol tidak dapat memberi perhatian dan tumpuan kepada anak-anak sehingga mengabaikan  kebajikan dan pendidikan mereka.
ii)   Mereka sering hilang pertimbangan dan sanggup mendera ahli keluarga terutama wanita dan kanak-kanak secara fizikal dan mental.
iii)  Mereka juga lupa maruah diri dan keluarga sehingga ada yang terjebak melakukan sumbang muhrim.
iv)  Keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga tidak dapat dinikmati dan akhirnya berlaku penceraian.
v)   Semasa mabuk, mereka tidak boleh mengawal tingkah laku secara rasional sehingga terjerumus melakukan jenayah di luar rumah.
vi)  Ada pula yang tidak dapat menghadapi tekanan hidup dan cuba menyelesaikan masalah dengan cara membunuh diri.
 Kesan-kesan ekonomi

Penagihan alkohol menyebabkan badan penagih menjadi lemah dan hilang tumpuan. Individu yang terlibat dengan ketagihan alkohol kurang berminat untuk bekerja, sering kali cuai dalam menjalankan tugas dan kerapkali terlibat dalam kemalangan di tempat kerja. Akibat dari keadaan ini majikan akan mengalami kerugian kerana pekerja tidak dapat lagi menghasilkan produktiviti seperti yang diharapkan.

Kerugian ini bukan sahaja dialami oleh majikan tetapi juga kepada   pekerja sendiri di mana dia akan kehilangan pekerjaan dan keluarga pekerja akhirnya akan meghadapi masalah ekonomi yang serius.
 Kesan alkohol pada wanita

Penggunaan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan gangguan haid pada wanita. Alkohol juga akan meningkatkan risiko terjadinya keguguran / ‘abortion’ dan juga kelahiran yang ‘premature’.

Pengambilan alkohol oleh wanita mengandung dapat menimbulkan kesan negatif terhadap bayi yang dikandungnya. Dalam keadaan yang berat, dapat terjadi apa yang disebutkan sebagai ‘fetal alcohol syndrome’, dimana keadaan bayi tersebut:
·   Dilahirkan dengan berat lahir yang rendah
·   Ukuran kepala yang kecil
·   Terencat akal / mental retardation
·   Rupa paras yang cacat / abnormal facies
 Kesan-kesan alkohol kepada remaja

Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan dan pembangunan para remaja tersebut. Diantara kesan negatif tersebut adalah:

i.    Terhadap kesihatan

Berbagai masalah kesihatan yang dibincangkan di atas juga akan terjadi kepada para remaja yang terlibat dengan pengambilan alkohol. Oleh kerana pengambilan dimulakan pada peringkat umur yang muda, sudah tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan kesihatan remaja akan lebih teruk.
i.    Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.
ii.   Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan merosot.
iii.  Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah kenakalan / ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang bgermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain.
iv.  Tekanan ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, saperti mencuri dan lain-lain.


via. PENDIDIKAN PENCEGAHAN ALKOHOL