PENGENALAN ALKOHOL

 Epidemiologi masalah penggunaan alkohol di Malaysia/Global.

Penyakit-penyakit berkaitan dengan alkohol dan kecederaan merupakan satu masalah yang baru terhadap kesihatan, sosial dan ekonomi. Di seluruh dunia, pengambilan bir, wain dan spirit semakin meningkat.

Menurut World health Report 1991, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang berkait rapat dengan penggunaan alkohol seperti sirosis hepar dan kanser semakin meningkat.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati prevalen “alkohol abuse / alcohol dependence” adalah 11%, majoriti adalah lelaki. 90% purata umur pengambilan alkohol adalah 22 tahun.
 
 Minuman alkohol / minuman beralkohol
 
Image result for arak

 

Minuman beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras, atau  arak. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan (addiction) dan pergantungan (dependance).

Minuman alkohol juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat memberi kesan keatas sistem saraf pusat/sistem otak dan juga kesan terhadap tubuh badan peminumnya.
     


Jenis - jenis minuman alkohol.

Di dalam pasaran terdapat berbagai jenis minuman alkohol / minuman beralkohol yang dipasarkan. Di antaranya adalah:

–   ‘Liquor’:   iaitu yang terdiri dari jenis-jenis seperti vodka, whisky.
–   ‘Bir’ :         iaitu yang terdiri dari dari jenis-jenis seperti shandy, bir, stout.

Di samping itu juga terdapat minuman beralkohol yang digunakan secara tradisional di beberapa tempat di negara kita. Sebagai contoh adalah minuman todi dan minuman samsu yang popular di kalangan masyarakat India di negara kita.  Selain dari itu terdapat juga minuman air tuak dan minuman air tapai yang popular di beberapa tempat di negara kita.

Image result for air tuakImage result for MINUMAN TODI
air tuak dan minuman todi