CARA PENCEGAHAN
Memandangkan TIADA ubat atau rawatan yang dapat menyembuhkan HIV/ AIDS setakat ini, maka langkah-langkah pencegahan adalah satu cara yang terbaik bagi mengawal jangkitan HIV/AIDS ini. Mengambil langkah-langkah pencegahan awal adalah langkah bijak dalam usaha mencegah HIV/AIDS.
- Menghindari seks di luar perkahwinan.
- Elakkan hubungan seks dengan mereka yang tidak dikenal pasti latar belakangnya.
- Elakkan hubungan seks dengan berbilang pasangan.
- Menggunakan kondom jika isteri atau suami telah dijangkiti.
- Jangan melakukan hubungan seks sejenis.
- Jangan berkongsi peralatan peribadi seperti pisau cukur, berus gigi dan lain-lain peralatan yang boleh dicemari oleh darah
- Jangan menderma darah atau organ badan jika anda dijangkiti.
- Jangan menagih dadah.
- Hindari dari perkongsian jarum dan alat suntikan.
- Elakkan diri daripada bercukur di kedai gunting rambut atau pendandan rambut di mana anda terpaksa berkongsi pisau cukur atau gunakan pisau cukur pakai buang.
- Bagi ibu-ibu yang dijangkiti elakkan dari mengandung.
- Sebagai langkah asas berilah didikan ugama dan moral kepada anak- anak supaya dapat membentuk satu tingkah laku yang positif dan mengelakkan tingkah laku yang berisiko tinggi.