Langkah keselamatan
- Simpan nombor-nombor telefon yang penting
- Pastikan rumah anda adalah selamat
- Pastikan peralatan peribadi yang penting boleh didapati dengan mudah seperti sarung tangan pakai-buang, tuala wanita dan lampin
- Anda tidak boleh menderma darah
- Amalkan pemakanan yang sihat
- Lindungi diri anda dari sebarang penyakit, contohnya elakkan dari berada berdekatan dengan orang yang sakit, pakai perlindungan muka (topeng) sewaktu melawat orang sakit, elakkan dari mendapat luka.
- Anda mesti menggunakan kondom sewaktu melakukan hubungan seks untuk melindungi pasangan anda daripada dijangkiti AIDS
- Jika anda adalah penagih dadah, hentikan tabiat ini. Jangan menyuntik dadah atau berkongsi jarum dengan penagih dadah yang lain.
- Wanita yang dijangkiti AIDS perlu mengelakkan diri daripada hamil kerana mereka boleh memindahkan virus ini kepada bayi-bayi yang dikandung.