JENIS DADAH(2) : KETUM

Ketum merupakan ubat yang digunakan oleh orang tedahulu bagi kecergasan fizikal dan mental.Namun, kini ketum telah diaalahgunakan sebagai barang penghayal dengan mencampurkan air rebusan ketum bersama ubat batuk, air berkarbonat dll.
Oleh sebab itu ia telah dikatogerikan sebagai dadah merbahaya.berikut adalah sedikit ulasan tentang pengiktirafan ketum sebagai dadah merbahaya:

KUALA LUMPUR – Rang Undang-undang Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan) 2014 dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Rabu, antara lain untuk menyediakan takrifan baharu bagi daun ketum dan menyenaraikannya sebagai dadah berbahaya.
Cadangan pindaan itu juga meliputi sekatan pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman, perusahaan ketum dan mengadakan peruntukan kuasa untuk mengawal selia penghasilan dan urusan berkenaan ketum.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, Akta Racun 1952 yang ketika ini digunakan bagi mengawal penyalahgunaan daum ketum, tidak cukup kuat untuk mengekang aktiviti tersebut.
Justeru, katanya adalah menjadi keperluan untuk mentakrifkan ketum sebagai dadah berbahaya bagi kawalan lebih ketat terhadap penyalahgunaan bahan itu dapat dilaksanakan.
“Kawalan pemilikan daun ketum boleh ditingkatkan jika ia dijadikan dadah berbahaya kerana undang-undang sedia ada iaitu ketum diletakkan di bawah Akta Racun adalah terbatas dan menyebabkan tindakan penguatkuasaan kurang berkesan,” katanya.
Beliau berkata, pindaan itu juga bagi membolehkan ketum disenaraikan di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya yang turut menyenaraikan tanaman lain seperti pokok ganja, kanabis, popi dan koka.
Hilmi berkata pindaan turut membabitkan beberapa seksyen dalam Akta terbabit yang memperuntukkan pengimportan, pengeksportan, pemilikan, penanaman dan perusahaan ketum sebagai satu kesalahan
.