DADAH:KESAN KEPADA KESIHATAN

1 . Mental Dan Emosi


Kesan dadah terhadap mental dan emosi | Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri , gelisah , cepat marah , gementar , kebingungan , fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas . Pada dos yang tinggi / berlebihan mampu menaikkan suhu badan ke tahap membahayakan dan boleh mengakibatkan sawan dan akhirnya maut .

2 . Kepala


Kesan dadah terhadap kepala | Mulut kering , berpeluh berlebihan , anak mata menjadi besar , menggeletar dan sakit kepala , dopamine pada otak kurang aktif , urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh .

3 . Fizikal


Kesan dadah terhadap fizikal | Penagih tidak tidur 3 sehingga 15 hari , hilang selera makan dan berat badan menurun , berpeluh , pucat , pengabaian kesihatan diri , badan berbau , gigi kekuningan , berparut dan luka di badan . Kudis jelas kelihatan akibat penggunaan syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya . Kurang daya tahan melawan penyakit akibat pengabaian kesihatan . Lumpuh .

4 . Sistem Saraf


Kesan dadah terhadap sistem saraf | Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson ( dengan gangguan pergerakan anggota badan ) dan penyakit Alzheimer ( dengan fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk ) .

5 . Jantung Dan Salur Darah


Kesan dadah terhadap jantung dan salur darah | Kerosakan pada jantung akibat degupan jantung kencang , tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut . Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah .

6 . Perut Dan Sistem Penghadaman


Kesan dadah terhadap perut dan sistem penghadaman | Mengalami gangguan saluran pemakanan dan kebuluran berlanjutan kerana tidak makan ketika pengambilan syabu . Bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan pada perut dan sistem penghadaman .

7 . Sistem Peranakan Wanita


Kesan dadah terhadap sistem peranakan wanita | Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi , kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran . Bayi yang dilahirkan adalah kecil , terlalu aktif , mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran .

8 . Sistem seksual


Kesan dadah terhadap sistem seksual | Sistem seksual mudah terganggu dan tidak dapat berfungsi dengan baik .