DADAH: Bagaimana untuk mengatasinya?

Peranan ibu bapa
-          Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan golongan remaja. Ibu bapa berperanan secara langsung dalam pembentukan sahsiah, mental, fizikal dan peribadi anak-anak mereka. Sikap pentingkan kerjaya dan diri sendiri perlu diseimbangan dengan pembentukan keluarga yang bahagia. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak, saling berinteraksi bertanyakan masalah yang mereka hadapi, mengawal aktiviti dan pergaulan mereka. Keprihatinan dan kasih sayang yang ditunjukkan ini menjadikan mereka sebagai pakar rujuk untuk anak-anak.
    
    Peranan sekolah
-          Sekolah merupakan institusi kedua yang memainkan peranan penting dalam menangani masalah penagihan dadah dikalangan pelajar sekolah. Pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar sekolah merupakan mekanisma penting dalam mengerakkan pelbagai program yang berkaitan dengan penagihan dadah. Antara program yang dijalankan adalah minggu anti dadah. Minggu Anti Dadah dijalankan setiap tahun baik diperingkat negeri, daerah atau sekolah. Program ini mendapat kerjasama dengan AADK. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk member I pendedahan kepada warga sekolah umumnya dan pelajar sekolah khususnya tentang jenis-jenis dadah, kesan dadah dalam kehidupan dan cara mengatasinya. Antara pengisian program ialah ceramah lima minit, pameran, pertandingan melukis poster dadah, pembinaan blog, menulis esei, pertandingan boria, dikir barat dan sebagainya. Ujian air kecing juga telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar yang terlibat dengan najis dadah. Dengan cara ini, kita dapat member I peluang  kepada golongan sasaran  melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Ujian air kecing juga telah dilaksanakan sebagai langkah awal mengesan pelajar-pelajar yang terlibat dengan najis dadah. Kementerian pendidikan telah meletakkan satu matlamat’ Sekolah Tanpa Dadah ‘ sebagai hala tuju yang berlu dilaksanakan bersama dari peringkat sekolah.


Rakan Sebaya
-          Siapa rakan sebaya? Sejauh mana peranan yang boleh dimainkan oleh rakan sebaya?. Rakan sebaya ialah sahabat atau kawan yang seusia dengan sesuatu peringkat umur. Rakan sebaya boleh bertindak sebagai pembimbing  kepada rakan sebaya yang lain. Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan adalah mendekati dan berinteraksi sesama rakan sekolah atau sekelas, melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan tentang masalah dadah dan merokok, belajar menjadi pendengar yang baik sekiranya ada rakan sebaya yang meluahkan masalah, bantu rakan sebaya dengan ikhlas dan tenang, bantu menerap nilai-nilai murni kepada rakan sebaya, menjadi model yang baik, bantu rakan sekolah menangani pengaruh negative, rancang aktiviti yang sihat, sedia berkawan dan bijak bertindak jika berlaku sesuatu yang mencurigakan. Dengan terlaksananya langkah-langkah ini , rakan sebaya boleh mengurangkan pengaruh negative sebaliknya dapat menerapkan pengaruh positif dikalangan rakan sebaya.



Masyarakat
-          Masyarakat meliputi jiran tetangga, saudara mara dan insan sekeliling sasaran juga tidak kurang pentingnya berganding bahu mencegah masalah ini daripada berterusan. Ungkapan “menjaga tepi kain orang” perlu diterapkan dalam masyarakat bagi menangani permasalah yang melibatkan umum. Masyarakat bukan sahaja menjadi pemerhati setia, tetapi menjadi agen penghubung . Masyarakat  yang bertanggungjawab adalah masyarakat yang sentiasa melaporkan setiap jenayah yang berlaku terutama jenayah penagihan dadah dikalangan remaja sekolah. Talian RakanCorp yang disediakan oleh pihak PDRM boleh digunakan semasa membuat sebarang aduan. Tema SATU MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH perlu dihayati oleh setiap lapisan masyarakat yang berbilang kaum tanpa memilih agama dan bangsa.